WhatsApp Business daripada Meta
WhatsApp Business membolehkan anda mempunyai ciri perniagaan pada WhatsApp, berkomunikasi dengan lebih efisien dengan para pelanggan dan membantu anda mengembangkan perniagaan.
Jika anda mempunyai nombor telefon yang berbeza untuk perniagaan dan peribadi, anda boleh memasang WhatsApp Business dan WhatsApp Messenger pada telefon yang sama, dan mendaftarnya menggunakan nombor yang berlainan.
Di samping ciri yang tersedia pada WhatsApp Messenger, WhatsApp Business disertakan dengan:
• PROFIL PERNIAGAAN: Cipta profil untuk perniagaan anda untuk membantu pelanggan mendapatkan maklumat berharga - seperti laman web, lokasi atau maklumat hubungan.
• ALAT PEMESEJAN PERNIAGAAN: Jadi lebih responsif kepada para pelanggan anda dengan menggunakan mesej Berada di Luar untuk memberitahu anda tiada, atau mesej Ucapan Selamat untuk menghantar mesej pengenalan kepada para pelanggan apabila mereka dahulu yang telah menghantar mesej kepada anda.
• SOKONGAN NOMBOR TALIAN TETAP: Anda boleh menggunakan WhatsApp Business dengan nombor telefon talian tetap dan pelanggan anda boleh menghantar mesej kepada nombor tersebut. Semasa pengesahan, pilih opsyen “Telefon saya” untuk menerima kod melalui panggilan telefon.
• JALANKAN WHATSAPP MESSENGER DAN WHATSAPP BUSINESS: Anda boleh menggunakan WhatsApp Business dan WhatsApp Messenger pada masa yang sama, tetapi setiap aplikasi mesti mempunyai nombor telefon uniknya sendiri.
• WHATSAPP WEB: Anda boleh memberikan respons kepada para pelanggan dengan efisien terus daripada pelayar komputer anda.
WhatsApp Business dibina atas WhatsApp Messenger dan merangkumi semua ciri yang anda harapkan, seperti keupayaan untuk menghantar multimedia, panggilan percuma*, pemesejan antarabangsa percuma*, sembang grup, mesej luar talian dan banyak lagi.
*Caj data mungkin dikenakan. Hubungi pembekal anda untuk butiran.
Nota: setelah anda memulihkan sandaran sembang daripada WhatsApp Messenger pada WhatsApp Business, anda tidak lagi boleh memulihkan ia semula pada WhatsApp Messenger. Jika anda ingin kembali semula, kami mengesyorkan akan menyalin sandaran WhatsApp Messenger pada telefon anda ke komputer anda sebelum mula menggunakan WhatsApp Business.
---------------------------------------------------------
Kami sentiasa teruja untuk mendengar daripada anda! Jika anda mempunyai maklum balas, pertanyaan atau kebimbangan, sila hantar e-mel kepada kami di:
[email protected]
atau ikuti kami di Twitter:
http://twitter.com/WhatsApp
@WhatsApp
---------------------------------------------------------
• Anda kini boleh menghantar imej beresolusi lebih tinggi dalam sembang. Untuk bermula, ketik butang ‘HD’ semasa pratonton media sebelum menghantar media tersebut.
• Perkongsian skrin kini disokong dalam panggilan video. Mulakan panggilan video dan ketik pada butang “kongsi skrin” baharu untuk bermula.
Ciri ini akan dilancarkan dalam beberapa minggu akan datang. Terima kasih kerana menggunakan WhatsApp!